11 November 2011

PENGENALAN - MSSE


Mirza Simply Shoppe Enterprise telah beroperasi pada 8 Nov 2011 dan telah didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 19 Mac 2012 dengan nombor pendaftaran 002111970-M

Merupakan pengeluar dan pembekal hasil kraf yoyo seperti aksesori, kraftangan, cenderahati, dan hiasan dalaman yang seumpanya di Malaysia.

Memasar produk kraf yoyo secara borong dan runcit mengikut permintaan pelanggan.

Pengeluar dan pembekal bunga yoyo yang pertama di Malaysia secara online.


Pengumpul kain perca terpakai. 


Menjalankan urusan secara online. Tetapi dalam masa yang sama kami juga berurusan secara offline kerana permintaan dari kilang/butik untuk mebuat hiasan bunga pada baju readymade.

Bagi urusan online kami menerima tempahan melalui email, telefon, sms, dan facebook. Penghantaran kami menggunakan khidmat pos laju, jika di luar Lembah Klang/Selangor. Jika urusan di sekitar Lembah Klang, mereka perlu datang ambil sendiri untuk menjimatkan kos pos.



Antara produk kraf yoyo yang kami hasilkan ialah:

klip rambut, kerongsang, penanda buku, rantai kunci, getah rambut, lollipop, hiasan rumah, hiasan dinding, hiasan pada baju wanita, hiasan gaun kanak-kanak dan bunga tangan

Mengusahakan Seni Dekorasi Bunga Tisu secara online, iaitu menghasilkan bunga tisu untuk deko, hiasan, jambangan bunga pengantin, bunga pahar, bunga telur untuk pelbagai majlis keraian.

MSSE  juga membekal kertas tisu secara online kepada pengusaha-pengusaha bunga tisu di seluruh Malaysia. 

Menghasilkan bunga tulip fabrik, kelainan dalam seni dekorasi dan hiasan




Lesen Pembaharuan MSSE

Nama saya Salmiza binti Talib merupakan pengasas seni jahitan kraf yoyo di Malaysia. Tercetusnya idea ini, kerana hobi dan minat dalam menghasilkan kraftangan dan jahitan (2 in 1).

Idea ini diambil dari masyarakat Barat dan Jepun yang menghasilkan kraf yoyo menggunakan kain perca. Di situlah bermulanya apabila banyak kain perca terpakai di rumah dan mencari di internet kegunaan kain perca dalam versi English. Dengan carian Google "Fabric Scrap". Maka, secara kebetulan ternampak satu perkataan yang jarang didengar     "yoyo flower". Di situlah bermula mencari apa itu "yoyo flower" dan cara menghasilkan dan material yang digunakan untuk membuatnya.

Permulaan sebagai hobi mengisi masa lapang, apabila pertama kali mendapat order dari pemborong brooch, dan berjaya memasuki jualan di Karnival Jom Heboh. Dari situlah bermula untuk menjadi pengeluar dan pembekal.

Buat masa ini, mendapat permintaan dari Kilang /Kedai Jahit/Butik, menhasilkan hiasan bunga pada baju readymade . Antara senarai butik/tailor yang berjaya mendapat khidmat dari kami:
1) Bac Medacena Resources Sdn.Bhd.
2) Nur Iman Collection.


Dan akhirnya impian untuk ada produk dan perniagaan sendiri termakbul, walaupun hanya beroperasi secara online di rumah kerana masih bekerja di sektor swasta sepenuh masa.

Perancangan masa depan, untuk menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa dengan adanya galeri /kedai /kilang sendiri.

Permintaan untuk bunga tisu semakin mendapat sambutan. Kebanyakannya untuk menghias hantaran dan pelamin.

Misi Kami:
* Harga Berpatutan
* Mesra Pelanggan
* Kualiti Produk
* Kepuasan Pelanggan Diutamakan




Tiada ulasan: